Kerajaan perlu memberi peringatan kepada warga Malaysia yang bakal berlepas ke Kemboja supaya tidak menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan.
Ketua Biro Aduan Awam SUPP, Milton Foo Tiang Wee berkata, agensi kerajaan termasuk pegawai Kastam perlu memantau rakyat Malaysia yang ingin ke negara itu.